Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Kerja Ke PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

7 Mac 2023, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Lawatan Kerja Ke PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Lawatan ini telah disertai oleh 4 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim. Lawatan ini dijalankan adalah untuk melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah serta memberi peluang kepada staf Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka menggunakan mesin pemotong di Unit Jilid PTAR Kampus Kuala Pilah bagi memotong buku dan papan board bagi memudahkan kerja baikpulih bahan perpustakaan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Mesin pemotong di PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengalami kerosakan dan diminta oleh pihak Bendahari untuk menggunakan mesin pemotong yang berdekatan dengan UiTM Cawangan Melaka. Kehadiran kami telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Puan Jamilah binti Md Yusoff.

 

Pautan TikTok Sekitar Lawatan Kerja: https://vt.tiktok.com/ZS8Q9RCQT/

 

 

 

Gambar sekitar lawatan kerja di PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan, 

 

Kampus Kuala Pilah.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020