Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penyerahan Rekod Penting Universiti: Bahan Penerbitan (Buku Konvokesyen) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

24 Mac 2023, Jumaat - Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima rekod penting universiti yang bernilai arkib iaitu 3 buah buku konvokesyen dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:

"Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan - Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]."

Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Tekonologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

 

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Bahan Penerbitan - Buku Konvokesyen) sebanyak 3 buah buku

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020