Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Daripada Pelajar Diploma Muamalat (ACIS) Semester 1 Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

3 November 2022, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Diploma Muamalat (ACIS) Semester 1. Seramai 5 orang pelajar Diploma Muamalat (ACIS) telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka bagi menjalankan penyelidikan mengenai kertas kerja (UED102) – “Apa yang ada di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah”. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Diploma Muamalat (ACIS) ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:

1. Nurdini Aqilah binti Ismail

2. Adlin Syazwani binti Shahari

3. Nur Ayshah Shahfyqah binti Sulaiman

4. Zulfa Amyrah binti Zuraimy

5. Norjannah Fadhilah binti Sudirman

Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.


For more information : 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020