Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penyerahan Rekod Penting Universiti Kepada Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka November 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

29 November, Selasa - Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima rekod penting universiti yang bernilai arkib sebanyak 134 Fail Peribadi Staf dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:

 

“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”

 

Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

 

 

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Fail Peribadi Staf) sebanyak 15 Kotak (134 Fail)


For more information : 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Cawangan Melaka
KM 26, Jalan Lendu
78000 Alor Gajah
Malaysia

 
  06 5582083 | 06 5582086
  | Consultation Services
  06 5582086 | Hazlin Ibrahim Khan
  hazlinkhan@uitm.edu.my
  Join Channel - @ptarmelaka
   Click here to view QR Code