Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kunjungan Daripada Penyelidik Luar Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

21 Disember 2022, Jumaat – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada penyelidik luar iaitu Tuan Hj. Saat bin Hj. Sulaiman yang ingin mengetahui Sejarah Dewan Latehan Rida sehingga Universiti Teknologi MARA. Tuan Hj. Saat merupakan seorang penulis buku di dalam Malaysia yang dikenali sebagai Saat Sulaiman. Antara buku beliau adalah Peribadi Dr. M,Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman, Buat Duit Dengan Jual Pakaian, Melakar Syurgawi Idaman, Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang, Remaja Positif, Anak Adalah Anugerah, Usahawan Cemerlang: Tip dan Panduan Keusahawanan, Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali dan banyak lagi.

Tuan Hj. Saat Buat sedang mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan manuskrip ke-11 yang sedang ditulis bertajuk "MARA PEMAJU MELAYU" dan dijangka siap penulisan pada Disember 2005. Unit Arkib Cawangan Melaka membantu beliau untuk mendapatkan bahan mengenai sejarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula dari Dewan Latihan Rida sehingga menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepentingan Pengurusan Rekod Universiti bagi melestarikan sejarah UiTM.

 


For more information : 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020