Library News

Tahniah PTAR : Rangkul Kejayaan , Rai Pengiktirafan Terbaik 2024

22 Jamadilakhir 1446H | 24 Disember 2024

SHAH ALAM: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM sekali lagi mencipta sejarah dengan mencatat pelbagai kejayaan gemilang dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Dan Kualiti UiTM 2024 dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) .

Kejayaan ini membuktikan dedikasi dan usaha gigih seluruh warga PTAR dalam memastikan kecemerlangan berterusan di peringkat universiti dan nasional.

Anugerah Kecemerlangan Operasi PTAR meraih beberapa pengiktirafan penting, antaranya:

  • Poster Terbaik Pengurusan Bakat Staf PTAR
  • Saguhati Pengurusan Bakat Staf PTAR
  • Saguhati Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM

Anugerah Kualiti Naib Canselor PTAR turut mengungguli kategori-kategori berikut:

  • Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan
  • Kriteria Kepimpinan
  • Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit

Tidak ketinggalan, pasukan Kumpulan C-Lite dari PTAR Cawangan Melaka turut membawa pulang anugerah Johan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atas usaha inovatif mereka.

Pengarah PTAR mengucapkan syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian luar biasa ini. Menurutnya, “Kejayaan ini adalah bukti kekuatan semangat inovasi dan dedikasi setiap individu yang terus berusaha untuk mengangkat nama PTAR di persada kecemerlangan.”

Dengan pengiktirafan ini, PTAR bertekad untuk terus memperkukuhkan usaha dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menyumbang kepada transformasi UiTM ke arah universiti bertaraf dunia.

Tahniah dan syabas, PTAR!

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.