Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Meet and Greet Bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka akan mengadakan Sesi Meet and Greet Bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 1 April 2024
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
 
Objektif sesi meet and greet ini adalah seperti berikut:
 
1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka
3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
 
Semoga sesi ini dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dalam membangunkan pembudayaan ilmu UiTM sebagai sebuah organisasi pembelajaran (Learning Organisation) buat semua warga UiTM.
 
Sekian, terima kasih. 
 
NOTA TAKLIMAT: KLIK SINI
 
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020