Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Audit Pengurusan Rekod Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Selian Naib Canselor Di PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

17 November 2022, Khamis – Jabatan Arkib Universiti (JAU), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah melaksanakan lawatan audit pengurusan rekod Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Naib Canselor di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED). 

Objektif pengauditan adalah:

1. Memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.

2. Perolehan rekod-rekod penting universiti.

Sesi lawatan ini melibatkan Ketua Jabatan/Bahagian, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Manakala pegawai-pegawai yang mewakili Jabatan Arkib Universiti (JAU) yang terlibat dalam sesi pengauditan adalah:

1. Encik Ahmad Amiri Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

2. Puan Azniza Mohamad Nor - Pegawai Arkib Kanan

3. Encik Muhammad Azrul Nizam - Pustakawan

4. Cik Ilya Nur Fateen Othman - Pustakawan

5. Puan Wan Nur Khalidah Wahed - Penolong Pegawai Arkib

 

Sesi Lawatan Audit Pengurusan Rekod Bersama Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED)


For more information : 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020