Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

History

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA, KAMPUS ALOR GAJAH

Perpustakaan UiTM Melaka telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, yang peringkat awalnya terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka. Perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Alor Gajah pada bulan Oktober 1999. Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan dalam perpustakaan dan selainnya seramai 390 orang di ruang diskusi. Sebagai sebuah gedung ilmu Perpustakaan UiTM Melaka telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM.

 

PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA, KAMPUS BANDARAYA

Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya, Jalan Hang Tuah Melaka, dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007. Penubuhan Pusat Sumber ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Alor Gajah berikutan penambahan pelajar dan fakulti di Universiti Teknologi MARA. Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 398 orang pengguna dalam satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program Ijazah Sarjana Muda. Terdapat 41 unit terminal computer disediakan untuk membolehkan pengguna mengakses katalog perpustakaan (Web-OPAC), pangkalan data atas talian, ‘e-books’ dan ‘e-journals’. Pengguna juga boleh membaca akhbar dan majalah serta makalah tempatan di ruang yang disediakan.

Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan, kemudahan perkhidmatan IT, Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah dan Makalah tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan. 

Pada 2020 secara rasminya nama Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah ditukar secara rasminya kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). 

PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA, KAMPUS JASIN

Terletak di jalan Seri Mendapat, Jasin, Melaka. Mula beroperasi  pada 3 Februari 2014. Menyediakan  tempat duduk bagi 1,131  orang pengguna dan boleh memuatkan sehingga 1,800 pengguna dalam satu-satu masa

Mempunyai 3 aras : 

Aras 1 : Peminjaman dan Pemulangan serta pelbagai sumber rujukan

Aras 2 : Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah serta Akhbar Tempatan

Aras 3 : Kemudahan Perkhidmatan IT

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020