Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Outreach: Taklimat Pengurusan Rekod Universiti

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sukacita dimaklumkan PTAR UiTM Cawangan Melaka akan menjalankan Program Outreach: Taklimat Pengurusan Rekod Universiti pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Mac 2023 | Rabu

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Pejabat Polis Bantuan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Objektif utama taklimat ini adalah :

1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Sekian, terima kasih.
 
WhatsApp Busines Arkib: https://wa.me/6065582081
 
Youtube: UiTM Cawangan Melaka library
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020