Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pengurusan Fail & Penyediaan Surat Rasmi PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1 Jun 2023, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Pengurusan Fail dan Penyediaan Surat Rasmi  pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Jun 2023 | Khamis
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 42 orang staf PTAR UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 4 jam.

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
  2. Mempelajari cara menguruskan rekod dari penawanan sehingga pelupusan rekod
  3. Mempelajari cara penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan TikTok Sekitar Bengkel: https://vt.tiktok.com/ZSLNGnxrw/

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020