Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Seminar & Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

8 – 9 Jun 2023, (Khamis – Jumaat) – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menyertai Seminar & Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM anjuran Jabatan Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam.

Pada 8 Jun 2023 (Khamis), bertempat di Jabatan Arkib Universiti dimulakan dengan ucaptama bagi Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti yang disampaikan oleh YBrs. En. Azman bin Hashim, Ketua Pustakawan UMK, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam JKPUA.

Kemudian diikuti dengan pembentangan poster dari 12 Unit Arkib Cawangan dan 2 penyertaan dari Universiti Awam yang dijadualkan berlangsung sehingga petang ini. Unit Arkib Cawangan Melaka telah menjadi pembentang pertama bagi Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti. Unit Arkib Cawangan Melaka telah memilih tema dalam skop pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib dengan membuat satu inovasi proses pengenyahan bendasing bahan arkib iaitu PR Smart Table. Sebanyak 11 poster dari Unit Arkib Cawangan lain dan 2 poster dari Universiti Awam lain iaitu USIM dan UIA telah dibentangkan dalam pertandingan tersebut, dan pemenang akan diumumkan pada hari kemuncak Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM pada 9 Jun 2023.

Selain itu, terdapat juga pameran khas mengenai Manuskrip Tulisan Tangan al-Quran dan Karya Ulama Perempuan di Alam Melayu. Terdapat juga pameran produk bidang rekod dan arkib dan pensejarahan UiTM untuk tatapan pengunjung.

Pada 9 Jun 2023 (Jumaat), dimulakan dengan Program Bicara Tokoh yang bertajuk 40 Tahun Arkib UiTM (1982-2022): Pembangunan dan Perkembangan Arkib UiTM sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM yang telah berlangsung pada sebelah pagi yang menampilkan panel jemputan iaitu YBrs. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar Mantan Pendaftar UiTM dan moderator Dr. Hanis Diyana Kamarudin, Felo Jabatan Arkib Universiti. YBrs. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar juga telah berkongsi pengalaman beliau di UiTM serta peranan dan kepentingan arkib dari dulu sehingga sekarang.

Sejurus Program Bicara Tokoh acara diteruskan dengan Majlis Kemuncak Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri bin Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni.

Selepas majlis perasmian acara seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti. Unit Arkib Cawangan Melaka telah memenangi Tempat Ke-2 Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib & Galeri Universiti dari 14 poster yang bertanding. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya menjayakan Seminar & Pertandingan Poster Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti.

Gambar Sekitar Seminar & Pertandingan KLIK SINI

Puatan TikTok KLIK SINI

 

Pautan Video PR Smart Table KLIK SINI

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020