Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan dan Sesi Konsultasi Perlupusan Dokumen di Unit Latihan Industri, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

7 September 2023, Khamis - Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima jemputan untuk membuat lawatan dan konsultasi di Unit Latihan Industri, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

 

Tujuan Unit Latihan Industri menjemput Unit Arkib Cawangan Melaka adalah bagi mendapatkan konsultasi mengenai pelupusan. Unit Lathan Industri ingin membuat permohonan pelupusan dokumen pelajar latihan industri yang telah penuh dan tamat tindakan.

 

Selain itu, Unit Latihan Industri juga bercadang untuk menyerahkan laporan latihan industri kepada pihak perpustakaan bagi tujuan penyerahan harta intelek. Cik Ilya Nur Fateen Othman telah memberi tunjuk ajar tatacara permohonan pelupusan dan juga penyerahan bahan harta intelek kepada penyelaras latihan industri, Fakulti Pengurusan Perniagaan Puan Norshiba Norhisham.

 

  

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020