Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Taklimat Pengurusan Fail dan Penyediaan Surat Rasmi Sempena Program Kursus Pemantapan Organisasi (KPO)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

6 Oktober 2023, Jumaat – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Taklimat Pengurusan Fail dan Penyediaan Surat Rasmi sempena Program Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident Kampus Jasin pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Oktober 2023 | Jumaat
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Syahbandar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 60 orang pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident Kampus Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 2 jam dan telah dibantu oleh staf Unit Arkib Puan Suzaimy binti Senin, Encik Jonizam bin Abu Kasim dan 5 orang pelajar latihan industri PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
  2. Mempelajari cara menguruskan rekod dari penawanan sehingga pelupusan rekod
  3. Mempelajari cara penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan TikTok Sekitar Program Outreach: https://vt.tiktok.com/ZSNNxMjWT/

   

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020