Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penerimaan Rekod Penting Universiti: Memorandum Persefahaman (MoU/MoA) Daripada Bahagian PJI, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
 
 

8 November 2023, Rabu – Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima rekod penting universiti yang bernilai arkib iaitu 1 naskhah Memorandum Persefahaman (MoU/MoA) dari Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:

“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”

Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pendedahan dan amalan terbaik bagi proses pembangunan Unit Arkib Cawangan Melaka.

Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Bacaan Lanjut : Memorandum Persefahaman (MoU/MoA) Daripada Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020