Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
 
 

17 November 2023, Jumaat – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan lawatan penandaarasan ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka bagi melihat proses kerja pengurusan rekod di Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka terutama sekali proses pembersihan rekod yang dijalankan di sana.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 10 orang staf PTAR dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Turut serta dalam lawatan ini adalah 5 orang pelajar latihan industri. Kehadiran kami telah disambut oleh Penolong Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, Encik Namsivayam A/L Martin.

Semoga hasil lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan arkib.

Bacaan Lanjut : Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020