Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Siri 2/2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
 

13-14 Disember 2023, (Rabu – Khamis) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menyertai Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Siri 2/2023 di ILD Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Unit Arkib Cawangan dan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di setiap cawangan. Wakil PTJ UiTM Cawangan Melaka yang telah menyertai bengkel tersebut adalah Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana bagi memastikan rekod dapat dipelihara pada masa akan datang. Bengkel ini juga memberi tunjuk ajar kepada setiap cawangan bagi membangunkan Buku Panduan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) di cawangan masing – masing.

Penceramah dan fasilitator bagi bengkel ini telah dijemput khas dari Arkib Negara Malaysia (ANM):

Encik Mohamad Asyek Bin Che Yaacob (Penceramah)
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia

Puan Norhafizah Binti Mamat @ Razali (Fasilitator)
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia

Semoga bengkel ini dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM.dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

Bacaan Lanjut :Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Siri 2/2023

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020