Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Semakan dan Sesi Konsultansi Proses Pelupusan Borang C dan Laporan Aktiviti Di Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
 
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 

8 Januari 2024, Isnin – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen dan sesi konsultansi kaedah pelupusan sebelum pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya membuat proses pelupusan.

Sesi ini menerangkan kaedah pelupusan yang boleh dipilih dan mengajar cara mengisi borang penentusahan pemusnahan rekod awam (Borang Arkib 12/08). Selain itu, pihak BPSM juga perlu menghantar laporan bergambar (sebelum, semasa & selepas) pelupusan.

Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Bacaan Lanjut :Semakan dan Sesi Konsultansi Proses Pelupusan Borang C dan Laporan Aktiviti Di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020