23 Januari 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan satu sesi taklimat peringatan berhubung kepentingan melindungi kerahsiaan maklumat kerajaan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka dan diikuti dengan bacaan ikrar borang perakuan tersebut yang di ketuai oleh Encik Abdul Hakim bin Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan. Selepas bacaan ikrar semua staf menandatangani borang perakuan dan diserahkan kepada Encik Norhazlan bin Nordin untuk tindakan selanjutnya sebagai saksi.
Akta 88 merupakan satu akta yang berhubung dengan perlindungan rahsia rasmi dan perkara rasmi untuk memelihara rahsia rasmi dan perkara rasmi daripada jatuh ke tangan orang yang tidak dibenarkan. Di bawah akta ini, pegawai awam perlu sedar akan tanggungjawab mengenai keselamatan perlindungan di sisi undang – undang yang bertujuan melindungi kepentingan Negara.
Bacaan Lanjut : Sesi Taklimat dan Menandatangani Borang Perakuan Untuk Ditandatangani oleh Pegawai Awam Berkaitan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm