Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
 
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 

13 – 14 Februari 2024, (Selasa – Rabu) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan merupakan siri yang ketiga dijalankan pada tahun 2024. Bengkel PTBR ini akan di adakan di setiap kampus yang ada di UiTM Cawangan Melaka iaitu Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta yang merupakan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Bacaan Lanjut :Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020