Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat Urus: Pengemaskinian Pelantikan Pengurus Rekod UiTM Cawangan Melaka (Pejabat Rektor & Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

18 Mac 2024, Khamis – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah berkunjung secara bersemuka ke Pejabat Rektor & Bahagial Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bagi membuat pengemaskinian pelantikan pengurus rekod. Lawatan Audit Pengurusan Rekod di setiap PTJ akan dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan rekod di UiTM berjalan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, setiap PTJ seluruh UiTM harus mengemaskini pelantikan Pegawai Pengelas (PP), Pendaftar Rahsia (PR), Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).

Proses pengemaskinian ini adalah untuk melihat perubahan ke atas pelantikan sebelum ini dan membuat lantikan baharu sekiranya terdapat perubahan ke atas lantikan staf yang menjalankan tugas.

Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020