Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Konsultansi Pengurusan Fail Terbuka Kepada Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

16 Mei 2024, Khamis – Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan sesi konsultansi pengurusan fail terbuka kepada Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sesi konsutansi ini menerangkan cara pembukaan fail, menulis kertas minit dan penutupan fail. Sesi ini telah berlangsung selama 1 jam yang telah disampaikan oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan kepada Encik Rosli bin Mohd Sehat, Kerani.

Semoga sesi ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020