Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Daripada Pelajar Semester 4 Diploma Pengajian Perniagaan (Insurance), Fakulti Pengurusan Perniagaan Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

20 Jun 2024, Khamis – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Semester 4 Diploma Pengajian Perniagaan (Insurance), Fakulti Pengurusan Perniagaan. Seramai 5 orang pelajar telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka bagi temu ramah staf Unit Arkib untuk projek subjek FIN 333. Selain itu, lawatan berpandu telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (Insurance), Fakulti Pengurusan Perniagaan ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:

  1. Nur Amirah Ainaa
  2. Zaireen Azrina Ramli
  3. Mursyidah binti Abd Rasid
  4. Fatin Faqilla Najwa binti Rahim
  5. Muhammad Aime Irfan bin Azme

Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

   

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020