Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Kerja Ke Pameran Hang Tuah Di MITC Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

26 Jun 2024, Rabu – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah membuat lawatan kerja ke Pameran Hang Tuah di Hall A Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi menerokai sejarah Laksamana Hang Tuah dan dapatan kajian terkini yang mengukuhkan kewujudan beliau melalui sumber-sumber baharu yang ditemui dari serata dunia seperti Belanda, Jepun, India, Portugal, China, Indonesia, dan Thailand.

Selain itu, lawatan ini diadakan bagi melihat pameran yang menggunakan teknologi terkini yang bertaraf antarabangsa seperti paparan zon interaktif yang menampilkan Silat Hang Tuah.

Pameran Hang Tuah dibahagikan kepada beberapa seksyen termasuk berkaitan asal usul dan riwayat hidup, karakter atau ciri-ciri khas Hang Tuah, filem berkisar tentang Hang Tuah dan manuskrip hikayat Hang Tuah dalam pelbagai bahasa.

Pameran ini bukan sekadar mempersembahkan sejarah, tetapi juga bertujuan memupuk jati diri generasi muda dengan semangat Hang Tuah yang tidak pernah pudar. Pameran ini berlangsung bermula 10 Jun 2024 sehingga 7 Julai 2024 sempena tahun melawat Melaka 2024.

      

Pautan Tiktok: KLIK SINI

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020