Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) UiTM Cawangan Melaka

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Emeritus/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 

Sukacita dimaklumkan Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka akan mengadakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) UiTM Cawangan Melaka bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut: 

 

Tarikh : 21 November 2024 (Khamis)

Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat : Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

 

Objektif bengkel adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan satu kerangka pengurusan rekod sistematik.
  2. Memberi gambaran fungsi, aktiviti dan transaksi organisasi.
  3. Perkongsian rekod secara dalaman atau luaran sesebuah organisasi.
  4. Membantu meningkat capaian, dapatan semula, penggunaan dan penyebaran rekod.

Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan. Seterusnya ianya mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat dan mentransformasi peranan dan tanggungjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Nota Taklimat: KLIK SINI

Pautan Kehadiran & e-Sijil: KLIK SINI

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020