Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.,
YBrs.Dr/Tuan/Puan,
JEMPUTAN BENGKEL LATIHAN PANGKALAN DATA (Evaluation of Scientific Publications: Why and how)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI) bersama Innowave Sdn Bhd akan mengadakan latihan pangkalan data secara dalam talian pada ketetapan berikut:
Program : Evaluation of Scientific Publications: Why and how
Pautan : https://zoom.us/meeting/register/upEoceutrTIsGtxOI0C_7fL3JUqnBGHVEQtS
(** peserta dipohon mendaftar sebelum tarikh program dan maklumat daftar masuk latihan akan dihantar melalui emel)
Tarikh : 22 Julai 2021 (Khamis)
Masa : 10:30 pagi - 11:30 pagi (Kuala Lumpur, GMT+08:00)
Sehubungan dengan itu, PSI berbesar hati ingin menjemput YBrs.Dr/tuan/puan dan semua pustakawan serta penyelidik untuk hadir menyertai bengkel latihan ini. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan di perpustakaan YBrs.Dr/tuan/puan. Bersama-sama ini disertakan juga poster program untuk hebahan dan perhatian pihak YBrs.Dr/ tuan/puan . Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 03-8870 6491 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau Cik Amira Azrin di talian 607 4554 351 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
Segala kerjasama dan sokongan YBrs.Dr/tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Noor Adila binti Abdu Alojid @ Ghazi
Pusat Sitasi dan Infometrik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-88706491