Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

JEMPUTAN KE PROGRAM LIVE@PTAR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bicara Buku Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Arkib universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA Shah Alam akan menganjurkan program Live@PTAR  pada ketetapan berikut:

Tajuk:  Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda

Segmen: Bicara Buku

Tarikh: 20 Ogos 2021 (Jumaat)

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

 

Panel:

Puan Zaharah Sulaiman

Penyelidik, Pengkaji, Penulis dan Penceramah Sejarah Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAMM) & Sejarah Tamadun Alam Melayu

Moderator

Prof. Madya Dr.Ismarani Ismail

Felo, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM Shah Alam

Pautan Siaran Langsung:

YT Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=Fru7hXGW4jA

FB Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159966535977625/

3. YBhg. Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program ilmiah ini yang akan dikongsikan oleh panel jemputan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
 
4. Untuk makluman semua, program ini disediakan jam latihan dan e-sijil
 
Sekian. Terima kasih.
 

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

#UiTMPrihatin #PTARPrihatin #staysafe 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

PTAR UiTM Shah Alam

 

 

 
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020