Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PERTANDINGAN CHORAL READING

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

 

Sempena Hari Terbuka PTAR UiTM Cawangan Melaka yang akan diadakan pada 17-19 Januari 2023, PTAR UiTM Cawangan Melaka buat pertama kalinya akan menjalankan Pertandingan Choral Reading yang akan diadakan pada ketentuan berikut :

 

Tarikh : 17 Januari 2023 | Selasa

Masa : 10.30 pagi

Peserta : Terbuka kepada pelajar UiTM Cawangan Melaka

Anjuran : PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka

 

Pautan syarat dan borang penyertaan : KLIK UNTUK SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN

  

Pengenalan :

Choral Reading” adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan “Choral Reading”, pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan perkataan-perkataan yang perlu diberi penekanan. “Choral Reading” membantu pelajar mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas.

 

Objektif :

1. Ia boleh memberi peluang kepada pembaca yang kurang mahir untuk berlatih dan menerima sokongan sebelum dikehendaki membaca sendiri.

2. Ia menyediakan kemahiran untuk membaca dengan lancar.

3. Ia membantu meningkatkan minat membaca dikalangan pelajar UiTM.

4. Ia meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur.

 

Syarat pertandingan:

 

1. Terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Melaka.
2. Setiap kumpulan boleh menghantar satu pasukan yang terdiri tidak lebih daripada 10 orang peserta termasuk seorang konduktor.
3. Bahan bacaan (Buku) hendaklah dipinjam dari PTAR UiTM Cawangan Melaka.
4. Bahasa pengantar sama ada dalam Bahasa Inggeris.
5. Irama bahasa yang digunakan boleh dari ciptaan sendiri atau daripada yang sedia ada.
6. Masa yang diperuntukkan tidak lebih daripada 10 minit.
7. 3 Salinan teks perlu dihantar kepada pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka
8. Borang Penyertaan: https://forms.gle/c2srUGyuLJtX7wHR9 perlu diisi lengkap semua maklumat ahli kumpulan sebelum 10 Januari 2023.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia seperti berikut:

 

Puan Suzaimy Senin : 017-6121909
Puan Roslinah Harun : 012-9038771

Encik Kamalrulamir Amat : 019-6205874


For more information : 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020