Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Tadarus Al-Quran 2023/1444H PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah (ACIS) mengambil inisiatif untuk menghidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan Program Tadarus Al-Quran Staf 2023/1444H sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.
 
Sehubungan dengan itu, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah akan menyertai Program Tadarus Al-Quran bersama staf PTAR pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 11 April 2023, Selasa
Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Peserta yang terlibat: Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Pemimpin tadarus: Ustaz Dr. Mohd Zaid Mustafar, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
 
Semoga Ramadan tahun ini kita semua mengambil peluang untuk mempertingkatkan lagi amalan dan ibadat kita dalam bulan yang penuh barakah ini dan menjadi asbab kepada redha Allah S.W.T.
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020