Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Speed Read Bersama PTAR KBM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
UNDANGAN KE BENGKEL SPEED READING BERSAMA STAF PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS BANDARAYA MELAKA
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Speed Reading Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka akan menganjurkan Bengkel Speed Reading bersama staf PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada ketetapan seperti berikut:

 

               Tarikh     : 21 September 2023 | Khamis

                Masa      : 9.00 pagi - 1.00 tghari

               Tempat    : Tingkat 12, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

 

3. Objektif penganjuran latihan adalah untuk:
  • Mengira kadar bacaan dalam bentuk per minit sebelum dan selepas pembelajaran
  • Mengenalpasti punca dan faktor yang melambatkan bacaan 
  • Mengenalpasti punca dan faktor yang dapat memepercepatkan bacaan
  • Mengetahui dan menggunakan teknik bacaan pantas ketika membaca
4. Sehubungan itu, peserta perlu mengikuti sepenuhnya sesi program yang dijalankan bagi memastikan objektif penganjuran program ini dicapai. Bersama-sama ini disertakan aturcara program untuk makluman dan rujukan.

 

Kerjasama dan perhatian tuan / puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020