Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku,
YH Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
BENGKEL TIPS DAN STRATEGI: APLIKASI KECERDASAN BUATAN (A.I) DALAM PENULISAN ARTIKEL SURAT KHABAR (SECARA BERSEMUKA)
Sukacita dimaklumkan Unit for Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka akan menjalankan bengkel di atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 16 November 2023 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang (Sarapan pagi disediakan)
Tempat: Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka
Penceramah:
Puan Siti Hajar binti Abd Aziz
Pensyarah Kanan
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
UiTM Cawangan Melaka
Bengkel ini adalah satu inisiatif dalam membantu pensyarah dan penyelidik menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (A.I) dalam penulisan dan penerbitan artikel surat khabar.
PENDAFTARAN AWAL (SLOT TERHAD KEPADA 70 PESERTA)
Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua pensyarah dan staf pentadbiran. Semua warga UiTM yang berminat diminta untuk mendaftarkan diri di pautan berikut bagi memudahkan urusan penganjur. Peserta yang tidak dapat hadir selepas pendaftaran diminta untuk mencari pengganti.
Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/c2fohT1L3a8SbE7D7
Peserta DIWAJIBKAN untuk membuat pendaftaran awal selaras dengan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan universiti.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 8 NOVEMBER 2023 (RABU)
JAM LATIHAN akan direkodkan untuk warga UiTM yang hadir.