Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perjumpaan Pustakawan Bersama Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

UiTM Kampus Bandaraya Melaka | 06 Jun 2024 

Sesi Perjumpaan Ketua Pustakawan PTAR UiTM, YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan bersama Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka telah diadakan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Sesi perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan PTAR ke arah Digitalization. Disamping itu, lawatan ini diserikan lagi dengan perjumpaan Ketua Pustakawan bersama Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Dr. Mohd Halim bin Mahpoth. 

Hasil daripada sesi perjumpaan ini, Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka dapat menimba pengalaman serta memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Disamping itu juga, ianya dapat meneruskan usaha untuk berkongsi “best practice” yang diamalkan dalam rutin kerja disamping mempelajari proses-proses, sistem, aliran kerja dan prosedur untuk merangsang amalan kerja yang lebih berkesan.

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020