Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat Urus PTAR bersama Institut Pengajian Siswazah (IPSis) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sesi Libat Urus PTAR bersama Ketua Pusat Pengajian Institut Pengajian Siswazah (IPSis) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), UiTM Cawangan Melaka.

25 Jun 2024, Selasa - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Pusat Pengajian (KPP), Institut Pengajian Siswazah (IPSis) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dijalankan secara atas talian bermula 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari menggunakan medium Google Meet.

Program ini telah dihadiri oleh Dr. Azhana Othman (KPP iCEPS), Dr. Rizuwan Abu Karim (KPP IPSis) bersama 2 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya. Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan, bersama Puan Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020