Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat Urus PTAR bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
  
Sesi Libat Urus PTAR bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
 
PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah akan menjalankan Sesi Libat Urus PTAR bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka pada :
 
Tarikh : 5 Julai 2024 | Jumaat
Masa :  09.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Peserta: Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka
 
Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :
 
1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka
2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka
3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka
 
Melalui sesi ini, PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan memenuhi teras UiTM dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020