Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Literasi Maklumat IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
  
Bengkel Literasi Maklumat PTAR bersama IPGK Perempuan Melayu, Melaka
 
PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah akan menjalankan Bengkel Literasi Maklumat bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada :
 
Tarikh : 12 Julai 2024 | Jumaat
Masa :  08.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya
Peserta: 131 pelajar dan 6 orang pensyarah IPGK Perempuan Melayu, Melaka
 
Objektif Bengkel Literasi Maklumat ini adalah :
 
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai maklumat dan literasi maklumat
2. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat yang tepat dan berkesan
3. Mempelbagaikan kemahiran pelajar dalam penilaian dan menguruskan maklumat
4. Mendedahkan pelajar kepada etika penggunaan maklumat
5. Perpustakaan sebagai penggerak literasi maklumat untuk melestari dan merealisasikan generasi yang celik maklumat.
 
Melalui sesi ini, PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bukan sahaja bagi warga UiTM tetapi bersama komuniti masyarakat. 
 
Muat turun bahan taklimat :
 
 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020