Pada 13 Oktober 2022 Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Program Library Outreach: Pengurusan Rekod Universiti Bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program ini dijalankan secara terus atau bersemuka selama 4 jam. Penerangan mengenai pengurusan rekod universiti ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan, Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka. Fokus utama program outreach ini adalah bagi membantu pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi membuat penyusunan fail dengan lebih tersusun dan sistematik. Program ini telah disertai seramai 12 orang staf dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan 2 orang staf Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Pengisian Program Library Outreach: Pengurusan Rekod Universiti adalah seperti berikut:
- Pengenalan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
- Pengurusan Rekod & Fail
- Pelantikan Pengurus Rekod
- Pelupusan Rekod Awam & Rekod Kewangan
- Pengurusan Rekod Kendiri PTJ
- Penerimaan Rekod Penting Universiti
- Pengeyahan Benda Asing Bahan Arkib
- Pendigitalan Bahan Arkib
- Perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
- Repositori Khazanah Melayu
- Repositori e-Gallery UiTM
- Lawatan Tapak Bilik Fail dan Rekod
NOTA TAKLIMAT : SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN NOTA
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm