Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pameran Maya: Journey of Professor Dr. Abd Halim Mohd Noor

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

3 Januari 2023, Selasa - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan pameran maya bertajuk "Journey of Professor Dr. Abd Halim Mohd Noor". Pameran maya ini adalah kesinambungan daripada program "UiTM Melaka Knowledge Sharing Session Series 1: Top Level Management Leadership". Pameran ini diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman bersama 4 orang staf Unit Arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Encik Kamalrulamir bin Amat, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim.

Prof. Dr. Abdul Halim bin Mohd Noor merupakan Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka ke-10 yang diberikan penghormatan untuk berkongsi input berupa idea, ilmu, strategi, semangat dan motivasi khususnya dalam proses pembinaan kerjaya. Pameran ini mengenai kisah Profesor Dr. Abd Halim Mohd Noor bermula dari zaman belajar, berkhidmat di ITM Dungun sehingga menjadi pensyarah dan Rektor di UiTM Cawangan Melaka.

Pameran ini dilihat amat signifikan dengan objektif utama untuk membudayakan ilmu, memantapkan pengetahuan dan pengurusan kepimpinan dalam kalangan staf UiTMCM. Selain itu, dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM bagi melestarikan sejarah UiTM.

Pautan Pameran Maya: https://melaka.library.uitm.edu.my/pages/virtual-exhibition/672-journeydrhalim

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020