Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka Ke Unit Arkib Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

6 Jun 2023, Selasa – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, Encik Datu Roynie Hashim bin Datu Pindatun.

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pihak PTAR UiTM Cawangan telah menjemput penceramah dari Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka bagi memberi taklimat mengenai Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail kepada PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Melaka.

Encik Datu Royniehasim bin Datu Pindatun merupakan penceramah Kursus Asas Pengurusan Rekod pada hari pertama. Sebelum kursus bermula Encik Datu melihat suasana sekitar Unit Arkib dengan melihat aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka iaitu 6 – 7 Jun 2023.

Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020