Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

6 – 7 Jun 2023, (Selasa – Rabu) – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Kursus Asas ini telah disampaikan oleh panel penceramah Encik Datu Roynie Hashim bin Datu Pindatun, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada hari pertama (6 Jun 2023) dan pada hari kedua (7 Jun 2023) panel pemceramah iaitu Encik Namsivayam A/L Martin, Penolong Pengarah II Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka. Kursus ini telah disertai oleh 50 orang peserta terdiri daripada staf yang telah dilantik menjadi PRJ & PTRJ daripada Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Kursus ini telah dikendalikan secara bersemuka di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Objektif penganjuran kursus adalah untuk:

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020