Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Pelajar Diploma Komunikasi & Pengajian Media (MC110), Fakulti Komunikasi & Pengajian Media

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

5 Julai 2023, Rabu – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Semester 1 Diploma Komunikasi & Pengajian Media (MC110), Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. Seramai 4 orang pelajar Diploma Komunikasi & Pengajian Media (MC110) telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan berpandu ini disampaikan oleh Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Diploma Komunikasi & Pengajian Media (MC110) ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:

1. Daimatul Bi Asrohima binti Aziz

2. Sofia Adlina binti Hadi Effendy

3. Mohammad Zariman bin Buang

4. Ahmad Ezzul Hakimi bin Norman

Pelajar telah diberi penerangan cara untuk mendapatkan bahan arkib melalui Online Finding Archive (OFA). Mereka telah memilih tajuk kertas kerja mengenai Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan ingin membuat rujukan dan mendapatkan gambar Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ada di Unit Arkib Cawangan Melaka. Mereka telah membuat permohonan melalui OFA dan gambar tersebut telah diemelkan kepada salah seorang pelajar untuk dijadikan bahan kertas kerja mereka.

Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020