Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Program Outreach: Taklimat Pelupusan Rekod Bersama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Julai 2023 | Khamis
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:
- Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
- Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
- Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
- Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
- Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
- Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.