Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Daripada Pelajar Semester 2 Diploma Pengajian Perbankan (BA119), Fakulti Pengurusan Perniagaan Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

13 Julai 2023, Khamis – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Semester 2 Diploma Pengajian Perbankan (BA119), Fakulti Pengurusan Perniagaan. Seramai 6 orang pelajar Diploma Pengajian Perbankan (BA119) telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan berpandu ini disampaikan oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan dan dibantu oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Diploma Pengajian Perbankan (BA119), Fakulti Pengurusan Perniagaan ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:

1. Nur Lea Syaqela binti Abdul Rahim

2. Nur Fatihah binti Salleh

3. Nur Izzati Syakila binti Mohd Anuar

4. Balkis Umaira binti Hamdan Kumaran

5. Farisya Irwayu binti Azhar

6. Nur Natasya Adira binti Ramli

Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

   

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020