Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1 – 2 Ogos 2023, (Selasa – Rabu) – 2 orang staf Pembantu Pemuliharaan, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menyertai Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) anjuran Arkib Negara Malaysia pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 – 2 Ogos 2023 | Selasa – Rabu
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur

Bengkel ini telah disertai oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel ini telah berjalan selama 2 hari bertujuan untuk memberi perhatian kepada penjawat awam akan kepentingan keselamatan rekod – rekod penting Negara. Para peserta akan didedahkan dengan perkara – perkara asas konsep dan kaedah pemuliharaan rekod selepas bencana bagi memelihara rekod awam dari sebarang kerosakan, kemusnahan dan kehilangan.

Objektif penganjuran bengkel adalah untuk:

  1. Memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan rekod – rekod kerajaan selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat) Versi 1.0 (2022);
  2. Meningkatkan pengetahuan dalam menyelamatkan rekod selepas bencana

Bengkel selama dua hari ini telah memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta menerusi modul berikut:

  1. Taklimat Pengenalan Kepada Bencana Rekod
  2. Pemeliharaan & Pemuliharaan Rekod
  3. Rekod Penting
  4. Pelan Tindakan Bencana Rekod
  5. Kaedah Pemuliharaan Rekod – Akibat Banjir & Kebakaran dan Bahan Yang Ditumbuhi Kulat
  6. Latih Amal Pemuliharaan Rekod

      

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020