Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Kerja PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke PTAR UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

3 Ogos 2023, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Lawatan Kerja Ke PTAR Cawangan Selangor Kampus Dengkil. Lawatan ini telah disertai oleh 6 orang staf PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan diketuai oleh Pustakawan, Cik Ilya Nur Fateen binti Othman. Lawatan ini dijalankan adalah untuk melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR Cawangan Selangor Kampus Dengkil serta melihat mesin pemotong di PTAR Kampus Dengkil yang akan dipindahkan ke PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Kehadiran kami telah disambut oleh Pustakawan Kanan PTAR Kampus Dengkil, Cik Nurdiana binti Turkijo.

Semoga hasil dari lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan perpustakaan.

Pautan Gambar Sekitar Lawatan Kerja: KLIK SINI

Pautan TikTok Sekitar Lawatan Kerja: KLIK SINI

     

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020