Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Semakan Bahan Penerbitan, Koleksi Gambar & Koleksi bagi Pembangunan e-Gallery UiTM di Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

18 Ogos 2023, Jumaat - Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah membuat kunjungan ke Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membuat semakan bahan penerbitan UiTM yang ada di dalam Pejabat Rektor dan semua cenderahati yang telah diterima oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka dari Rektor yang terdahulu sehingga sekarang. Cenderahati tersebut telah diminta oleh Pejabat Rektor untuk dipindahkan ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi tujuan pameran koleksi cenderahati Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Selain itu, Unit Arkib Cawangan Melaka juga berperanan mengumpulkan gambar dan metadata bagi cenderahati yang ada dalam seluruh UiTM Cawangan Melaka bagi membantu Galeri Tun Abdul Razak dalam pembangunan UiTM e-Gallery Repository.

Pautan UiTM e-Gallery Repository: https://gtar.uitm.edu.my/

  

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020