Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Audit Pengurusan Rekod Di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

22 Ogos 2023, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Audit Pengurusan Rekod Bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Ogos 2023 | Selasa
Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Audit Pengurusan Rekod ini adalah bertujuan bagi memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.

Selain itu, PTAR UiTM Cawangan Melaka juga melaksanakan kempen perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia.

Objektif audit pengurusan rekod adalah seperti berikut:

  1. Memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.
  2. Perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia.

Semoga lawatan audit ini dapat memantau perlaksanaan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) bagi memastikan rekod universiti diurus dengan sistematik dan selamat.

Pautan Gambar Sekitar Audit: KLIK SINI

Pautan TikTok Sekitar Audit: KLIK SINI

     

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020