Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Semakan Dokumen Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan PJI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
21 November 2023, Selasa – Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah berkunjung ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi membuat semakan dokumen pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 2) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Semakan dokumen ini telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Melaka iaitu:
  1. Puan Norhayati binti Hamisan – Penolong Juruaudit
  2. Puan Fatin Syahida binti Wahid – Penolong Juruaudit

Unit Arkib Cawangan Melaka menjadi perantara bagi proses semakan permohonan pelupusan rekod kewangan dan perakaunan (kumpulan 2) yang telah dihantar ke Jabatan Audit Negara Negeri Melaka bagi melancarkan proses semakan rekod Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.

Semakan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari bagi memastikan rekod tersebut mengikut tempoh pelupusan yang ada di dalam Jadual Pelupusan Rekod (Kewangan dan Perakaunan) dan memastikan meter panjang rekod tersebut adalah tepat..

Bacaan Lanjut : Semakan Dokumen Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020