Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pelupusan Buku PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 

29 November 2023, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah berjaya menyelesaikan proses pelupusan buku di Perpustakaan berjumlah 1,796 naskhah buku. Proses pelupusan ini dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Perpustakaan (Sirkulasi) dan Unit Arkib Cawangan Melaka.

Pelupusan dilakukan ke atas bahan / koleksi yang mengalami kerosakan, kehilangan muka surat, kehilangan komponen, lebihan, tidak digunakan, usang atau ketinggalan dari segi teknologi. Aktiviti pelupusan ini akan dilakukan untuk memastikan perpustakaan mempunyai ruang untuk menempatkan bahan-bahan baharu di samping memastikan koleksi perpustakaan adalah sentiasa relevan. Oleh itu, semua bahan yang dipilih untuk dilupuskan perlu melalui proses-proses tertentu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah mendapat kelulusan pelupusan dari Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka sebanyak 1,796 naskhah buku dan telah membuat pilih sisih untuk derma buku tersebut kepada sekolah yang berhampiran dengan UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. PTAR UiTM Cawangan Melaka telah memilih cara pelupusan kitar semula dan jual di kilang tisu iaitu Yeong Chaur Shing Paper Mill Sdn Bhd.

Bacaan Lanjut : Pelupusan Buku PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020