السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Emeritus/Dato'/Datin/Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Cawangan Melaka ingin menjemput warga UiTM Cawangan Melaka ke Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 anjuran Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Jun 2024
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka & Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Peserta : Terbuka kepada warga UiTM Cawangan Melaka
Untuk makluman Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024 ini adalah untuk menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2024, berdasarkan agenda Globally Marketable - Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput semua warga UiTM Cawangan Melaka untuk menghadiri program yang akan diadakan ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Cik Ilya Nur Fateen binti Othman atau Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka di Whatsapp Business: http://www.wasap.my/ +6065582081.
Kehadiran pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.