Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang akan diadakan pada ketentuan berikut :
Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Lokasi: Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Peserta : PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Melaka
Objektif penganjuran bengkel adalah untuk:
- Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
- Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
- Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
- Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
- Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
- Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
- Mempelajari cara penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM
Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.
Nota Taklimat: SILA KLIK DISINI
E-Sijil: SILA KLIK DISINI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Arkib Cawangan Melaka di pautan https://wa.me/6065582081
Sekian, terima kasih.